Wednesday, September 1, 2010

Diet Semasa Hamil

DIET SEMASA HAMIL

Diet Seimbang untuk sehari bagi wanita tidak mengandung yang mempunyai berat badan unggul; ibu hamil dan menyusukan anak perlu diberikan tumpuan  untuk memastikan kesihatan diri dan anak didalam kandungan. Ikutilah cadangan permakanan dibawah ini :






Kumpulan makanan  yang memberi tenaga saperti :
  • Nasi
  •  gula (dalam minuman dan masakan)
  • Minyak masak dan majerin (dalam masakan disapukan pada roti dll)
Kumpulan makanan untuk membina badan saperti :
  • Ikan (misalnya ikan kembung)
  • Telur
  • Susu (tepung)
Kumpulan makanan yang menjauhkan penyakit saperti :
  • Sayur berdaun hijau (masak - misalnya bayam)
  • Buah (misalnya betik)


Bagi wanita biasa pengambilan kadar:
  • Nasi ialah 5.5 cawan
  • Gula 6 sudu rata
  • Minyak 5 sudu makan
  • Ikan 2 ekor (sederhana besar)
  • Telur 1 biji
  • Susu  1 gelas
  • Sayur berdaun hijau 1 cawan
  • Buah 1/3 potong

Bagi ibu hamil kadar pengambilannya sama saperti wanita biasa kecuali :
  • Ikan ditambah 1 ekor dari biasa  .
  • Susu ditambah 1 gelas dari biasa.
  • Buah diambil 2/3 potong.
Bagi ibu Menyusukan sama kadar pengambilannya dengan ibu hamil kecuali :
  • Nasi ditambah 1/4 cawan 
  • Ikan ditambah 1 ekor lagi
  • Sayur ditambah 1/2 cawan lagi.
Zat pemakanan:
  • Protien
  • Kalsium
  • Zat besi
  • Vitamin C 


    Share/Bookmark


    No comments:

    Post a Comment