Thursday, April 22, 2010

MAKANAN SESUAI BOLEH TAJAMKAN PEMIKIRAN?

Generasi muda yang sedang menuntut ilmu sering bertanyakan cara-cara meningkatkan ketajaman otak. 

Langkah pertama : jauhi makanan yang menumpulkan fikiran.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa gula itu musuh kesihatan jasmani dan otak. Dalam kumpulan gula termasuklah coklat, aiskrim dan pelbagai kuih-muih yang manis. Tidak lama selepas makan, otak kita lemah.

Kopi juga mengurangkan kecemerlangan akal. Ini bertentangan dengan pandangan sesetengah orang bahawa kopi menyegarkan otak mereka, menghilangkan mengantuk dan membolehkan mereka belajar berjam-jam.

Zat protein dan vitamin-vitamin B amat penting bagi tenaga mental. Protein elok didapatkan dalam bentuk yang tidak membahayakan kesihatan.
 
Ini cuma beberapa bahan terpenting bagi tenaga otak. Pada amnya, otak yang cergas dan tubuh sihat berasaskan makanan yang seimbang zat-zatnya.(Permakanan Seimbang)
 
Di samping itu, jangan lupa minum air secukupnya. Di iklim sederhana, setiap hari seseorang memerlukan lebih kurang satu auns air bagi setiap dua paun berat badan. Jadi, jika berat badan 130 paun, keperluan air setiap hari kira-kira lapan gelas. Di iklim panas saperti di negara kita, keperluannya lebih tinggi lagi, mungkin 10 gelas.

Tenaga yang berpanjangan untuk belajar berpunca daripada makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks - bijirin saperti padi, gandum, barli, sekoi, ot, juga aneka jenis kacang.

Garam juga perlu dikurangkan jika kita mahu otak kita bertenaga seumur hidup.
Alkohol memang sudah lama terkenal sebagai perosak kesihatan jasmani. Di samping itu, alkohol menumpulkan akal fikiran.

Protein daripada kacang dal dan soya, ikan dan ayam membina otot badan dan kecergasan otak tanpa membawa mudarat. Jika makanan sehari-hari agak kekurangan vitamin B, mungkin doktor akan menasihati anda melengkapinya dengan Vitamin B Complex.

Sekiranya makanan harian tidak cukup zat-zat potassium, zink dan magnesium, doktor juga mungkin menasihati anda menambahnya dengan pil-pil yang mengandungi zat-zat ini.